Saturday 23 April 2011

PRODUK PENJAGAAN RAMBUT - FOR VOLUME

Hola...hola semua..
hari ni emma nk kongsi produk rambut yang emma br cuba..
produk ni boleh didapatkan di outlet shins..
semalam emma nak cari hot rollers, malangnya shins di ampang point xde hot rollers tu,
so, kn car kat outlet lain la...
ok, produk ni brand carlton, harga setiap satu rm62, tp disebabkan shins bg produk yg kedua tu 15% maka harganya murah ckit la..total RM114.70




Percubaan pertama ini adalah malam semalam..
balik rumah terus pakai...
& pagi tadi bangun, rambut lembut dan nmpk tebal, n tak oily...
pagi ni pun emma mandi n pakai syampoo carlton ni, blow rambut n spray the volume up..
hasilnya sgt cntik..

so, boleh la try...





Friday 22 April 2011

SIVIANNA BLUSHER, MAC BRUSH (187), PINK BRUSH

Hola..entry kedua untuk hari ini,
ok, semalam my frens a.k.a my model yang sekarang jual barangan mekap datang menghantar barang yg emma order semalam,
so sempat lg grab untuk diri sendiri..
brg yang di hantar tu brg adik adik ipar..
jom review
MAC 187 = RM 14
Pink MAC Brush = RM10
Sivianna peach blusher no 9 - RM15
Total = RM39 (Murah!!!)


berus mac tu plg emma suka..lembut n sesuai untuk blusher n liquid foundation..rugi beli 1..huhu..blusher kaler sgt cantik, n pink brush tu sesuai tuk bwk g opis..

cun...

my pink brush for blusher

warna blusher ni sangat2 cantik..

so sape2 yang nak beli leh buka web site ni..
harga memang berbaloi2...

DETERGENT FOR UR SPONGE N PUFF

Hola...holaa..hehehe..
so, kali ni emma nak update detergent untuk mencuci segala bagai tools make up emma..
yang ni special for sponge n puff taw..
& produk ni sangat2 bagus..dapat menyingkirkan kesan kotor dgn lebih effisyen,
tp disebabkan ada certain sponge emma x cuci dengan produk ni dulu,
so susah sikt la nak hilang..
jom review..


detergen : RM15

span yang belum di cuci


rendam yer tuan-tuan n puan-puan...



ni yang da siap di basuh n kering...nampak bersih kan..

overall review emma bg 4.5/5

Sunday 17 April 2011

MAKEOVER MENGGUNAKAN MAKEUP BRAND TERKEMUKA PERCUMA???

hai pencinta make up sekalian...
kali ni emma nak kongsi virtual makeover yang semua orang boleh buat,
yang penting koarng sume kena ada line internet..
hari minggu yang lalu emma da godek2 website ni..
memang best sangat2..
coz kita boleh menggunakan make up brand terkenal tanpa dikenakan Bayaran..
hasilnya sangat2 la cantik...

nak tahu macamana emma buat, joint this website..

korang cuma perlu sign up dan boleh upload pic sendiri untuk di makeover..
ni contoh yang telah emma makeover..


JOM TRY....ITS FREE

Wednesday 13 April 2011

SYAMPOO FAVOURITE

Hai semua...rindu nak update..
tp bz jer memanjang..hehehe..
ok, hari ni emma nak kongsi syampoo kegemaran emma...
rambut emma sebenarnya x lebat, means nipis but lurus...
skrang ni emma pakai tre semme,
emma suka tukar2 syampoo, sampai hubby pun marah..
dia ckp rosak rambut nanti..
masa pantang dulu emma pakai syampoo BAWANG,
akibat termakan hasutan si Jackie Chan yang handsome tu..
kebetulan pula masa tu mmg rambut selalu gugur coz baby suke wat buih..
tu yg gugur bagai nak rak..cam nak botak jer kepala..

ok, sambung citer,
Tre Semme ni ok la pada emma..tp emma x guna conditioner, just syampoo jer..
harga for 500ml rm15.90 (murah)..



ok, syampoo kat bawah ni cam xde kelulusan sirim je packaging dia kan??
tapi tahukah anda???ini adalah syampoo kegemaran emma..da nak abis pun..
stock emma dapatkan dari kwn emma, 
nak beli kat kedai pun xtau kedai mana ada jual..
made in indonesia, nnt g bandung aku borong banyak..
harga rm16.50 untuk 200ml...
ape yang best??

yang bestnya sebab bila pakai syampoo ni rambut emma lembut giler,
just pakai sekali dah terasa kelembutannya, boleh tahan selama 3 hari kelembutan rambut..
n yang paling best boleh mempercepatkan pertumbuhan rambut,
sape yg nak rambut panjang tu leh la pakai ni..

tp yang tak bestnya sebab ianya sikit n kena pakai banyak br banyak buih...
liquidnya pun ala-alan cam sabun cuci pinggan sunlight..hehehe
tp keberkesanannya sungguh menakjubkan...
emma continue order dgn nana lg syampoo ni..
dia pun pakai n rambut dia pun cepat panjang..hehehe


Tuesday 12 April 2011

GEDUNG MAKE UP ONLINE

hai semua, kepada pencinta-pencinta make up sekalian,
emma nak perkenalkan satu kedai makeup online...
harga produk yang dijual amat berpatutan..
so, singgah-singgah la yer...




Tuesday 29 March 2011

BERADA DI TERENGGANU ( 6-12 NOV 2011)






Hai semua...
Bulan November ni emma akan berada di Kuala Terengganu...
Mulai 6 hingga 12 Nov 2011,
kepada sesiapa yang memerlukan khidmat make up or nak sewa baju emma boleh booked SEGERA,

ANYONE JUST MSG ME :
017-2994707 / 017-6015645

harga di Terengganu adalah diberikan diskaun 10% dari harga asal..


Max Factor False Lash Effect Waterproof Mascara - Black & Make up Eraser pencil (Cosway)

Hoola pencinta-pencinta make up sekalian....
Kali ni emma nak buat sedikit review produk-produk di bawah..
disebabkan emma da beli & guna..
so emma akan share kan kelebihan & kekurangan yang ada dala setiap produk yang emma gunakan..


Ok, no 1 yang emma nak review adalah mascara di atas ni,
Max Factor False Lash Effect Waterproof Mascara - BlackPrice : RM66
Kelebihan : Mascara mudah dioles dan tidak bergumpil, sapuan dari akar bulu mata hingga ke hujung tanpa gumpalan hitam..sangat2 best pakai mascara ni..so far emma pernah guna brand lain...dan kebanyakkan nya mudah bergumpal..yang ni memang best..just layangkan dan gerakkan ke kiri dan kekanan untuk kesan yang menakjubkan, utk kesan yg lebih dramatik, oleskan sebanyak 2 kali...boleh pilih yang waterproof or non waterproof..

Kekurangan : rasanya tak banyak pun kekurangannya, owh...kena oles 2 kali tuk kesan yang maksimum..maksdu oles dua kali ni ialah, oles dulu buat pertama kali, then tunggu 1 minit, baru oles lagi sekali, klu brand lain oles sekali da dramatik..



2. Make up Eraser Pencil Colour Sense (Cosway)
Price : RM 14.90

Kelebihan : Sangat2 bagus untuk menghilangkan kesan2 hitam or comot yang tak berkenaan di muka kita. Ada dua side, 1) white oily stick (Untuk hilangkan kesan hitam) 2) Sponge (Untuk bersihkn kesan hitam setelah di cuci dengan side pertama.
kadang2 bila pakai celak mula lah comotkan, just oles side yang ada  white oily stick dulu, then slide yang sponge..mudah sangat...recommended.. =)

Kekurangan : If kita oles banyak sangat oily stick tu, kesan bedak mudah hilang sekali, so kena touch la skit di bahagian tersebut...

ok..itu sahaja review untuk anda semua kali ni...


Sunday 27 March 2011

TUTORIAL BARBIE DOLL INSPIRE MAKE UP

aksi gedik gitu..

 hai..nak nampak cumel seperti ini..
or..

 nampak matured seperti ini??..


Hai makeup lovers..
hari ni emma nak sharing tutorial barbie doll inspire make up
Untuk make up kali ni, emma menggunakan warna2 yang ceria..
so, enjoys...

1. bersihkan wajah, segarkan menggunakan fix spray..pilihan emma etude fix make up (RM27.90)
2. kemaskan alis mata menggunakan rezor.
3. Gunakan foundation supra sebagai asas fs38 (rm130)
4. ratakan foundation menggunakan sponge pink (rm15)


5. Dab dab menggunakan sponge
6. letakkan base kedua iaitu foundation revlon colour stay warm beige (RM53)
7.Ratakan menggunakan jari.

8. Kemudia dab dab Mac fix studio (RM100++)
9. Highlight di kawasan T zone menggunakan mac skin finish medium dark menggunakan face brush (RM105++)
10. Sapukan blusher MAC foolish me, layangkan agar tampak kemerah2 an.Tujuan sapuan belusher ini agar mekap tampak natural n blusher sebati dengan makeup (RM75)
11. Sapukan shading di tulang pipi, samar-samar sahaja (RM40)

11. Sapukan blusher STAGE di atas pipi, gunakan berus yang lembut (RM45)
12. Sapukan loose powder di bawah mata supaya debu-debu eyeshadow tidak berserakan di bawah mata. (miami RM13.50)

13. Sapukan eyebase jenis cream , untuk makluman, eyeshadow jenis cream boleh digunakan sebagai eye base, (RM10)

14. Pilih warna eyeshadow pilihan hati, disebabkan thema kali ini barbie doll inspire make up,
emma gunakan warna striking pink sebagai base.
15. dab dab menggunakan jari, kemudian sapuan di buat menggunakan berus yang lembut.
16. Sapukan dipenjuru mata menggunakan warna biru terang
 (eyeshadow pink : elianto rm6, eyeshadow biru : Miss Rose pallete RM80)
17. Supaya sapuan tidak comot, boleh letakkan pita pelekat di penjuru mata dalam keadaan serong,
untuk memastikan supaya pita pelekat tidak melekat terlalu kuat dan menghilangkan bedak di bahagian tersebut, letakkan seketika di atas tangan dan tarik, lakukan 2x, kemudian baru lekat di bahagian mata.

18. Gunakan highlight tulang kening menggunakan off white elianto (RM6)
19. Sapukan eyeshadow light brown di bawah tulang kening..
20. layangkan eyeliner di atas kelopak mata.
21. kemudian sapukan eye glu untuk melekatkan bulu mata

(jangan refer no di atas)
22. Emma menggunakan perfect lash brand Max Factor, sangat bagus mascara ini kerana ianya tidak bergumpil...untuk pengetahuan umum, 
Max Factor juga terdapat di Parkson Alamanda.. (RM66).
23. Layangkan deep white liner di tubir mata brand revlon (RM32) (recommended)
24. Sapukan black kohl brand FARMASI (rm8.)(recommended)

25. Lukiskan kening menggunakan pensil viva (RM10)
26. Supaya kening tampak natural, sapukan eyebrow mascara dark brown (RM35.90)
27. Highlight tulang hidung menggunakan STAGE off white (RM12 Sale price)
28. Lipstick emma combine dua colour..lupa lak warna ape, tp brand FARMASI (RM 21.90)

29. Last but not least, STAGE lipgloss..x ingat namanya (RM12 Sale price)

result..



Wednesday 23 March 2011

TUTORIAL MAKE UP KE OFIS

Hai semua, before emma tinggalkan ofis untuk hari ni,
emma nak sharing satu lagi tutorial make up yang boleh dikenakan untuk ke ofis..
just a light & simple make up..
selamat mencuba..